Monthly Archives: September 2014

Taamul : Menghormati Turath Sebagai Pelunasan Kewajipan Semasa.

031711110319xe03k22mlanmhxpir

Diantara idea-idea bernas dari Fadhilatul Imam Ash-Shaykh Ali Jum’ah hafizahullah taala ialah idea ‘ihtiram at-turath’ melalui mafhum kewajipan semasa (wajibul waqtiy). maksudnya ; “menghormati dan memanfaatkan hasil pemikiran generasi terdahulu (turath), dalam masa yang sama, tidak mengabaikan pelunasan wajibul waqtiy terhadap zaman.”

Tanggungjawab kita, jika difahami dan dihayati dengan baik, sama seperti yang telah dipikul generasi terdahulu, iaitu ; mewariskan warisan Rasulullah s.a.w, iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan yang paling penting, kefahaman yang sahih terhadap kedua-dua sumber syarak ini, dengan usaha memindahkannya kepada generasi kemudian dengan cara yang menarik pandangan (naql haza ad-din li man ba’danaa bi surati lafitati lin-nazor).

Sudah tentu, kefahaman ini tidak boleh diusaha dengan faham dengan sendiri, tetapi ia perlu bersandar kefahaman ummah yang diwarisi. Jadi, tidak dapat tidak, ia memerlukan seseorang itu untuk memahami khazanah turath ummah, yang memainkan peranan sebagai ‘jejambat’ yang mengusungkan kefahaman tersebut antara satu generasi kepada generasi yang selepasnya.

Melalui zaman sahabat dengan pembukuan Al-Quran, disambung dengan pembukuan hadis-hadis melalui rehlah ilmiah para ulama’ silam, kepada berkembangnya ilmu feqah, sebelum masuk kepada ‘fasa penterjemahan dan alih-bahasa’ membawa kepada kemasukan falsafah-falsafah barat memasuki gedung-gedung pemikiran Islam, dan merebaknya munazarah dan debat ilmu, dan begitulah seterusnya ia berkembang dengan pesat sehingga ia sampai kepada tangan kita pada hari ini, merupakan hasil dari pelunasan wajibul waqti oleh mereka dalam memelihara kefahaman yang sahih terhadap nusus syarak tersebut untuk dipindahkan kepada generasi seterusnya.

Walaubagaimanapun, turath ummah tersebut tidak boleh sewenang-wenang digauli begitu sahaja, bahkan ia memerlukan kepada ‘maharot at-turathiah’, yang memerlukan seseorang mempelajari manhaj serta qowa’idnya yang telah ditetapkan oleh para ulama’.

Ianya dapat diperolehi melalui pengalaman bertalaqqi dengan masyaikh, yang juga mempunyai pengalaman yang sama, berguru dengan gurunya sehingga silsilah perguruan itu bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w (sanad riwayah), dengan itu menghasilkan kefahaman yang tulen hasil dari proses talaqqi ilmu tersebut (isnad dirayah) serta melahirkan penyucian jiwa dan pemurnian akhlak (isnad tazkiyah).

Akhirnya, ia melahirkan generasi ulama’ yang mata dan mulut mereka memandang kepada kitab turath, dalam masa yang sama, tangan dan kaki mereka giat membangun hadharah.

Maka dengan itu, kita memahami bahawa, antara wajibul waqti buat tolabatul ‘ilm ialah ; ihya’ wa ihtiram ut-turath (menghidupkan khazanah ilmu tinggalan ummah), dan membina malakah raasikhah (kemahiran yang kukuh) dalam berta’amul dengannya, kemudian memanfaatkan hasil pemikiran tersebut dalam menghadapi permasalahan zaman semasa.

Dengan kesedaran ini, menjadikan kita merasai tanggungjawab memikul amanah ilmu dan melaksanakan wajibul waqt dengan bersungguh-sungguh, sepertimana yang telah dilakukan oleh para ulama’ Islam silam.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Taamul

Taamul : Pemerhatian Semula Terhadap Golongan Agamawan.

SCHOLARS

Perlu untuk kita melakukan pemerhatian semula (اعادة النظر) kepada pengetahuan kita -khusus kepada golongan agamawan dan penuntut ilmu- , dengan memastikan ilmu-ilmu yang terkumpul adalah ilmu yang qot’ie, diambil dari masodir yang benar, mengikuti qawa’id ilmiah yang betul, dalam keadaan bukan taqlidiyyah (mengikut satu-satu pandangan tanpa hujah dan kesedaran ‘wa’y’), bukan wahmiyyah (ragu-ragu) atau dzoniyyah (anggapan) semata-mata.

Kerana, kadang-kadang para ilmuan hanya menghafal ilmu, tanpa mereka faham dan tanpa mereka menguasainya dengan penguasaan yang baik, ini menyebabkan ilmu-ilmu yang terkumpul padanya bukanlah ilmu yang bersifat qot’ie tapi dzonni dan taqlidi sahaja.

Sebab itu, Saeed Foudah menyebut, zaman sekarang sudah tamat zaman ijmali, bahkan setiap agamawan perlu menyelam dengan lebih dalam dan bersikap lebih terperinci dalam merungkai permasalahan kontemporari, dengan penghujahan yang kukuh bagi menjawab apa-apa syubhat yang timbul, dengan menggunakan qawa’id ilmiah yang benar, bukan lagi hanya hujah ‘atas angin’ atau menghentam peribadi lawan apabila gagal mengemukakan jawapan balas.

Ash-shaykh juga menyebut, “Bahkan perlu seseorang itu -yang berkecimpung dalam munazarah bersama golongan mulahidah (sebagai contoh)- untuk dia mempelajari ilmu fizik, perubatan, eletronik, hatta ilmu sihir sekalipun, bagi mengisbatkan kebenaran dari pihaknya. Dan, perlu dia mengetahuinya (yakni ilmu tersebut) dengan jalan yang qot’ie dan yakin !”

Dengan itu, kita boleh bertegas pada pandangan dan berani untuk berkata, “Jika kebenaran itu terzahir pada pihak lawan, maka kita akan berpegang dengan apa yang dipegang mereka. Akan tetapi, jika kami berjaya membuktikan kebenaran kami, dan membuktikan kelemahan penghujahan mereka, maka mereka harus insaf untuk kembali pada kebenaran !”

Akhirnya, Tolibul ‘ilm sekarang, harus berani melontar matlamatnya jauh kehadapan, lebih jauh daripada sekadar menjadi seorang ‘ustaz’. Tetapi, berusaha membentuk diri ulama’ mutakhassis mudaqqiq mutabahhir, kerana umat kekurangan golongan ini, sedang kelompok wu’aaz dan khaatib, dalam dunia Islam umumnya dan di Malaysia khususnya, sudah ‘overdose’ dan tiada keseimbangan dengan bilangan ulama’ mudaqqiq.

Menambah bilangan wu’aaz dan khaatib itu bagus, tapi meningkatkan bilangan ulama’ mutakhassis, yang mampu bermunazoroh dan menjawab syubhat dengan detail dan melandasi qawaid ilmiah yang betul, ia jauh lebih diperlukan dan pemanfaatannya lebih besar buat ummat.

وفقني الله و إياكم

Leave a comment

Filed under Taamul